Jadual Perlawanan Liga Super 2016 Pasukan Kelantan

kelantan juara liga super 2012


Sepak mula Liga Super 2016 akan berlangsung pada 13 februari 2016. Suntikkan semangat diawal musim daripada penajaan Pamoga Qu Puteh kepada pasukan Kelantan diharap dapat diterjemahkan dengan prestasi yang bagus dalam saingan Liga Super Musim ini.

Jadual perlawanan lengkap aksi Liga Super 2016 sudah dikeluarkan. Bermula bulan februari dan dijangka akan berakhir pada bulan oktober nanti. Apapun ia tertakluk kepada perubahan jadual nanti, selalunya pasti akan ada perubahan pada jadual perlawanan liga diatas sebab-seba tertentu.

Pasukan Kelantan pada musim ini pada aku mungkin diletakkan sebagai pasukan bukan pilihan. Berdasarkan prestasi pada musim 2015 lalu Kelantan hanya mampu menduduki tangga ke-9 liga super, lebih teruk berbanding musim 2014 TRW berada di tangga ke-6 dan berada dtangga ke-4 pada musim 2013. Prestasi yang menjunam selepas menjuarai Liga Super pada tahun 2012 dan 2011.

Namum sebagai penyokong aku berharap pasukan Kelantan diharap musim ini zaman kegemilangan pasukan The Red Warriors akan kembali bangkit dan terus menjadi pasukan yang digeruni dalam saingan Liga Super.

Berikut adalah jadual perlawanan Liga Super 2016 bagi pasukan Kelantan. jadi kepada penyokong tegar bolah simpan gambar Abe dah edit ini untuk buat rujukan.

Jadual Perlawanan Liga Super 2016 Pasukan Kelantan



Post a Comment

0 Comments

Created By New Pro Theme | Distributed By Smart Tech Mukesh